Monday, May 28, 2007

SEJARAH PENGAKAP

Sememangnya persatuan pengakap merupakan salah sebuah persatuan yang terbesar di dunia yang telah berkembang melalui pengasasnya Lord Smith Baden Powell. Begitu juga perkembangannya dan penyebarannya di Malaysia.Semenjak pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri, Persatuan Pengakap telah pun didaftarkan di atas nama Daerah Parit Raja dan terdaftar sebagai Kumpulan Kedua Parit Raja.Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri telah dibina pada tahun 1969 di atas sebuah tanah berhampiran simpang empat di pekan Ayer Hitam.Tidak dinafikan lagi, penyertaan dari pelajar sekolah amat menggalakkan memandangkan persatuan ini mempunyai pelbagai kegiatan dan aktiviti yang boleh dijalankan sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Perkara ini juga boleh menggalakkan pelajar terutamanya remaja menghabisan masa lapang mereka untuk kerja yang lebih berfaedah. Di samping menambah ilmu pengetahuan, ia juga secara tidak langsung dapat menghindarkan pelajar dari melakukan perkara - perkara yang tidak baik yang boleh menimbulkan masalah dan gejala yang tidak sihat. Setelah 31 tahun Pengakap bertapak di sekolah ini, berbagai aktiviti telah disertai sehinggalah ke peringkat Asia Pasifik. Pemimpinnya juga turut bertambah dari tahun ke setahun dan sehinggalah Persatuan Pengakap 02 mempunyai seorang pemimpin yang terdiri daripada salah seorang pentaraf dalam pentarafan Pengakap Raja. Walaupun terdapat persatuan lain yang lebih hebat penampilannya yang wujud di sekolah ini, namun masih ada lagi pelajar yang bersikap terbuka dan mengamalkan prisip "SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP" yang masih mahu meneruskan perjuangan persatuan.Begitulah serba sedikit sejarah persatuan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri.
Tamat.....